KUALA LUMPUR: Selain tidak mahu diganggu, atlet bina badan negara, Sazali Ahmad juga sehingga kini belum memutuskan sama ada mahu membuat rayuan atau tidak berkenaan kegagalannya dalam ujian doping.
Sazali mempunyai tempoh masa selama tiga minggu bermula dari hari beliau dijatuhkan hukuman pada 21 Disember lalu hingga 10 Januari depan, sama ada untuk mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bina Badan Malaysia (PBBM) atau sebaliknya.
"Saya masih fikirkan lagi," katanya.
Kegagalan Sazali dalam ujian doping tersebut mengejutkan ramai pihak setelah atlet berkenaan tidak pernah terkecuali dalam mana-mana ujian doping dan kebiasaannya diuji sekurang-kurangnya dua kali sebelum menyertai Kejohanan Asia dan kejohanan Dunia.
Tuesday, 29 December 2015
Mahu Tempoh Bertenang, Sazali Ahmad Belum Putuskan Untuk Buat Rayuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment