Soalan :
Bilakan waktunya menurut sunnah perhubungan badan di antara suami isteri?
Jawapan :
Pertama, ada keadaan dimana seorang suami dianjurkan untuk mendatangi isterinya. Keadaan itu adalah ketika suami tidak sengaja melihat wanita dan dia terpikat dengannya. Anjuran ini berdasarkan hadis dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا أَقْبَلَتْ، أَقْبَلَتْ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ، فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ امْرَأَةً أَعْجَبَتْهُ فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ مَعَهَا مِثْلَ الَّذِي مَعَهَا
Maksudnya : “Wanita itu, ketika dilihat seperti syaitan (punya kekuatan menggoda). Kerana itu, jika ada lelaki melihat wanita yang membuatnya terpikat, hendaknya dia segera mendatangi isterinya. Kerana apa yang ada pada isterinya juga ada pada wanita itu. (Hadis Riwayat. Tirmidzi 1158, Ibnu Hibban 5572, ad-Darimi dalam Sunannya 2261, dan yang lainnya. Sanad hadis ini dinilai sahih oleh Syuaib al-Arnauth).
Dalam riwayat lain di Sahih Muslim, dari sahabat Jabir, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
إِذَا أَحَدُكُمْ أَعْجَبَتْهُ الْمَرْأَةُ، فَوَقَعَتْ فِي قَلْبِهِ، فَلْيَعْمِدْ إِلَى امْرَأَتِهِ فَلْيُوَاقِعْهَا، فَإِنَّ ذَلِكَ يَرُدُّ مَا فِي نَفْسِهِ
Maksudnya : ”Jika ada lelaki yang terpikat dengan seorang wanita, hingga membuat dia jatuh cinta, hendaknya dia segera mendatangi isterinya dan melakukan hubungan dengannya. Dengan ini akan menghilangkan perasaan cinta dalam hatinya.” (Hadis Riwayat Muslim 1403).
MASALAH PERUT BUNCIT & LEMAK BERLEBIHAN??? KLIK SINI |
ومعنى الحديث أنه يستحب لمن رأى امرأة فتحركت شهوته أن يأتي امرأته أو جاريته إن كانت له فليواقعها ليدفع شهوته وتسكن نفسه ويجمع قلبه على ما هو بصدده
Makna hadis, bahawa dianjurkan bagi lelaki yang melihat wanita, kemudian syahwatnya naik, agar dia segera mendatangi isterinya , hingga dia melakukan hubungan badan dengannya. Agar boleh menahan syahwatnya dan jiwanya menjadi tenang, sehingga hatinya boleh kembali menumpukan dengan tugasnya. (Syarh Shahih Muslim an-Nawawi, 9/178)
Kedua, mengenai waktu khusus yang berisi anjuran untuk melakukan hubungan badan, kami tidak menjumpai adanya dalil yang menjelaskan hal ini. Namun terdapat beberapa riwayat yang menunjukkan bagaimana kebiasaan orang soleh masa silam dalam memilih waktu untuk melakukan hubungan badan.
Berikut diantaranya,
1. Tiga waktu aurat
Yang dimaksud tiga waktu aurat adalah sebelum subuh, siang hari waktu Zohor, dan setelah Isya.
Allah SWT berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنْكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنْكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ مِنْ قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُمْ مِنَ الظَّهِيرَةِ وَمِنْ بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاءِ ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَكُمْ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ
Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu: sebelum solat subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di waktu Zohor dan sesudah solat Isya’. (Itulah) tiga waktu aurat bagi kamu. tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. (Surah An-Nur ayat 58).
Diriwayatkan dari Muqatil bin Hayan, beliau menceritakan sebab turunnya ayat ini,
Ada pasangan suami isteri di kalangan Anshar, yang dia sering membuatkan makanan untuk Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Suatu ketika budaknya masuk ke kamar menemui mereka tanpa izin di waktu yang mereka tidak sukai untuk ditemui. Isterinya pun melaporkan kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
يا رسول الله، ما أقبح هذا! إنه ليدخل على المرأة وزوجها وهما في ثوب واحد
Maksudnya : ”Wahai Rasulullah, betapa buruknya sikap orang ini. Dia menemui seorang wanita ketika dia sedang berduaan bersama suaminya dalam satu selimut.” Kemudian Allah menurunkan ayat di atas. (Tafsir Ibn Katsir, 6/83).
Allah SWT menurunkan syariat agar anak yang belum baligh, atau budak yang tinggal bersama tuannya, untuk tidak masuk ke bilik peribadi orang tuanya atau bilik tuannya pada tiga waktu khusus tanpa izin. Tiga waktu itu Allah SWT sebut sebagai waktu aurat, kerana umumnya, mereka sedang membuka aurat di tiga waktu itu.
Ibnu Katsir menyebutkan keterangan dari as-Sudi,
كان أناس من الصحابة، رضي الله عنهم، يحبون أن يُوَاقعوا نساءهم في هذه الساعات ليغتسلوا ثم يخرجوا إلى الصلاة، فأمرهم الله أن يأمروا المملوكين والغلمان ألا يدخلوا عليهم في تلك الساعات إلا بإذن
”Dulu para sahabat radhiyallahu ‘anhum, mereka terbiasa melakukan hubungan badan dengan isteri mereka di tiga waktu tersebut. Kemudian mereka mandi dan berangkat solat. Kemudian Allah perintahkan agar mereka mendidik para budak dan anak yang belum baligh, untuk tidak masuk ke kamar pribadi mereka di tiga waktu tersebut, tanpa izin. (Tafsir Ibn Katsir, 6/83).
2. Setelah solat Tahajjud
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memiliki kebiasaan tidur di awal malam, untuk boleh bangun di pertengahan atau sepertiga malam terakhir, melakukan solat tahajud. Aisyah menceritakan, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mendekati isterinya setelah tahajud. Dari al-Aswad bin Yazid, bahawa beliau pernah bertanya kepada A’isyah radhiyallahu ‘anha tentang kebiasaan solat malamnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Keterangan A’isyah radhiyallahu ‘anhu,
كَانَ يَنَامُ أَوَّلَ اللَّيْلِ ثُمَّ يَقُومُ، فَإِذَا كَانَ مِنَ السَّحَرِ أَوْتَرَ، ثُمَّ أَتَى فِرَاشَهُ، فَإِذَا كَانَ لَهُ حَاجَةٌ أَلَمَّ بِأَهْلِهِ، فَإِذَا سَمِعَ الْأَذَانَ وَثَبَ، فَإِنْ كَانَ جُنُبًا أَفَاضَ عَلَيْهِ مِنَ الْمَاءِ، وَإِلَّا تَوَضَّأَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ
”Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tidur di awal malam, kemudian bangun tahajud. Jika sudah memasuki waktu sahur, baginda solat Witir. Kemudian kembali ke tempat tidur. Jika baginda ada keinginan, baginda mendatangi isterinya. Apabila baginda mendengar azan, baginda langsung bangun. Jika dalam keadaan junub, baginda mandi hadas besar. Jika tidak junub, baginda hanya berwuduk kemudian keluar menuju solat jamaah. (Hadis Riwayat an-Nasai 1680 dan disahihkan al-Albani)
MASALAH PERUT BUNCIT & LEMAK BERLEBIHAN??? KLIK SINI |
Mendahulukan hak Allah SWT, dengan beribadah kepadanya dalam keadaan masih kuat.
Menghindari tidur ketika junub, kerana boleh langsung mandi untuk solat subuh.
Di awal malam umumnya fikiran penuh, dan di akhir malam umumnya fikiran dalam keadaan kosong.
Ketika menjelaskan hadis ini, Mula Ali Qori mengutip keterangn Ibnu Hajar yang menjelaskan,
تأخير الوطء إلى آخر الليل أولى؛ لأن أول الليل قد يكون ممتلئا ، والجماع على الامتلاء مضر بالإجماع على أنه قد لا يتيسر له الغسل فينام على جنابة وهو مكروه
Mengakhirkan hubungan badan hingga akhir malam itu lebih baik. Kerana di awal malam terkadang fikiran orang itu penuh. Dan melakukan jimak di saat fikiran penuh, boleh jadi membahayakan dengan sepakat para ahli, karena boleh jadi dia tidak boleh mandi, sehingga dia tidur dalam kondisi junub, dan itu hukumnya makruh. (Mirqah al-Mashabih, 4/345).
Semua keterangan di atas hanya menyebutkan kebiasaan mereka. Dan semata tradisi yang terkait adat atau keperluan fisikal seseorang, tidak boleh dijadikan acuan bahawa itu sunah atau dianjurkan. Kerana itu, pertimbangan yang disebutkan oleh Ibnu Hajar hanya pertimbangan yang baik ketika hubungan badan diakhirkan hingga mendekati sahur. Dengan demikian, kesimpulan yang boleh kita berikan, bahawa dalam masalah ini tidak ada sesuatu yang tepat kerana ianya perlu dilihat keperluan seseorang ketika berhajat perhubungan badan dengan isterinya.
Wallahu a’lam
Dipetik dari blog Ustaz Abu Basyer
MASALAH PERUT BUNCIT & LEMAK BERLEBIHAN??? KLIK SINI |
Klik LIKE jika anda suka artikel ini.
No comments:
Post a Comment