Saturday, 20 February 2016

Ustaz Kazim Elias Dikejarkan ke Hospital Kerana Serangan Jantung Semasa Program Ceramah


BACHOK
- Datuk Kazim Ilias terpaksa dikejarkan ke hospital kerana dipercayai mengalami serangan sakit jantung  ketika dalam satu program ceramah.

Kazim Elias sepatutnya menjayakan satu ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di perkarangan Pertubung Pelandang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bator malam ini.

Majis yang membawa tajuk kupasan 'Jihad Agro Makanan Negara' yang sepatutnya bermula pada 9.30 malam itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan atas sebab tersebut.


Jemaah Ahli Lembaga Pengarah PPK Sri Gunong, Mohd Radzuan Hamat mengesahkan kejadian itu dan Ustaz Kazim kini stabil di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menurut Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus pula, sebaik sahaja naik ke pentas dan memulakan ceramah tidak sampai lima minit, Ustaz Kazim terpaksa menghentikan kerana sakit dada.

"Ustaz Kazim sempat memohon maaf kepada orang ramai kerana tidak dapat meneruskan ceramah seperti yang dijanjikan kerana perlu ke hospital dengan segera.

"Ustaz Kazim di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM," katanya yang terpaksa menggantikan penceramah dari KADA bagi tidak menghampakan orang ramai.

Menurut Nik Ruslan juga, keadaan Ustaz Kazim ketika sampai sudah kelihatan kurang sihat dan wajahnya pucat, namun masih lagi mahu meneruskan ceramah tersebut.

"Ustaz Kazim ada memaklumkan dia sepatutnya ke hospital untuk membuat rawatan, namun menangguhkan kerana sudah berjanji untuk berjumpa dengan penduduk di Bachok," katanya.


[Advertise]

 Sumber : http://www.sinarharian.com.myhttp://www.bharian.com.my

Thursday, 4 February 2016

Isu Video Viral Abang Sado Tumbuk Terajang Pekerja Warga Asing


Hari ini telah viral satu video seorang 'abang sado' tumbuk & terajang pekerja warga asing.
Mari kita ikuti apa penjelasan beliau...
"Aku bukan samseng tapi aku lelaki yang merupakan seorang Abang kepada adik adik Aku. Dah tu takkan aku nak biar benda tak elok berlaku kepada Adik Aku lepas tu baru Aku nak menangis macam Pondan?"

Advertise

Penjelasan dari Sir Azri:

Isu video yang viral Aku penumbuk dan terajang lelaki pekerja asing. Cerita yang sebenar untuk makluman semua agar kau orang faham :

4 perempuan, 2 orang adalah adik perempuan aku. Sweet sweet or main mata tu biasa pada aku sebab tu lumrah kegatalan orang lelaki. Tapi kalau dah buat aksi melampau dengan kelakuan tak senonoh maka itu sudah melampau dan seharusnya diberikan pengajaran.

Bukan tidak percaya pada pihak Polis tetapi masa yang panjang dan dengan keadaan hari ini yang mana agak susah untuk mengheret pekerja warga asing ini ke balai Polis dan silap silap kes tidak dibawa ke muka pengadilan. Malah lebih teruk lagi pekerja warga asing lari balik ke negara mereka dan kes jadi NFA.

Jadi aku selaku Abang membuat tindakan sendiri yang pada aku pengajaran perlu diberikan kepada pelaku yang membuat gangguan seksual.

Jadi pada 29 hb aku pergi jumpa dengan semua pekerja warganegara asing yang mana 2 orang adik perempuan aku dan 2 orang lagi kawan adik perempuan aku membuat aduan tentang gangguan seksual yang mereka alami.

1 lelaki warganegara Indonesia, 1 lelaki warga negara Bangladesh dan 1 lelaki warganegara Pakistan. Turut sama 1 lelaki Penduduk sementara bertindak selaku supervisor kepada 3 pekerja.

Aku susun semua pekerja dan mintak adik perempuan aku dan kawan nya buat pengecaman yang mana membuat gangguan seksual. So dalam video tu semua boleh tengok aku tidak membuat apa apa tindakan tanpa usul periksa melainkan melakukan mengikut proses keadilan dalam menentukan suspek yang membuat gangguan seksual.

Pekerja warganegara Pakistan yang dicam oleh 2 orang adik perempuan aku dan 2 orang lagi kawan perempuan adik aku. 4 orang buat pengecaman dan atas sebab itu aku buat apa yang aku selaku Abang perlu buat.

Tak perlu aku nak ulas panjang kerana memang aku tak kawal emosi memberikan beberapa das penampar, penumpuk dan terajang kepada pekerja warganegara Pakistan itu. Dan akhir sekali aku minta pekerja warganegara Pakistan itu balik.

Pada waktu kejadian juga ada 3 orang rakan lelaki aku dan 1 orang adik lelaki aku dan juga 2 orang anak saudara aku. Kalau Aku ni jenis harok semua sekali Aku panggil pijak tetapi tu bukan cara aku sebab Aku buat atas kewajipan Aku selaku Abang kepada yang lain.

Jadi kalau kata tindakan aku tu salah maka benarlah ianya salah kerana mengambil tindakan tidak mengikut saluran undang undang. Tetapi selaku Abang dalam membela adik perempuan aku yang berumur 21 tahun, 23 tahun dan dua orang lagi kawanya berumur 23 tahun dan 20 tahun aku berbangga sebab setidak tidaknya aku melaksanakan tanggungjawap sebagai seorang Abang dan juga seorang lelaki.

Aku pun lelaki, pernah mengurat perempuan, kenyit mata, sweet sweet, ejas sikit sikit tetapi tidak lah sampai keterlauan seluk tangan dalam seluar pegang kote aku dan usap tetek aku pamerkan aksi ghairah 18sx semata mata nak ngorat perempuan.

Dan pada aku tak kira warganegara asing atau rakyat Malaysia sekalipun jika ianya gangguan seksual ianya tetap salah. Ini bukan tentang warganegara asing tetapi ini adalah GANGGUAN SEKSUAL yang perlu kita tolak serta ambil tindakan yang sepatutnya.

Aku bukan samseng tapi aku lelaki yang merupakan seorang Abang kepada adik adik Aku. Dah tu takkan aku nak biar benda tak elok berlaku kepada Adik Aku lepas tu baru Aku nak menangis macam Pondan?

Advertise


Isu video yang viral Aku penumbuk dan terajang lelaki pekerja asing. Cerita yang sebenar untuk makluman semua agar kau...
Posted by Sir Azri on Wednesday, 3 February 2016

Thursday, 28 January 2016

7 Tanda Rezeki Diberkati Allah SWT

7 Tanda Rezeki Diberkati Allah SWT
  1. Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petandanya sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap saja habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.

  2. Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup.
     
  3. Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikatakan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang di perolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa sebahagian daripaad kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.
     
  4. Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepaad orang lain dan tidak menyusahkan.

    Ads
  5. Seterusnya ialah apabila anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya ada kesannya.
     
  6. Kalau rumah kita orang rajin ziarah, itu maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu sebenarnya membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumah tangga kita.
     
  7. Dan yang terakhir sekali bila doa kita senang termakbul. Sebab Nabi SAW pernah bersabda doa yang tak dimakbulkan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki yang haram.

Maka itulah petanda rezeki orang yang mempunyai keberkatan. Tapi kita sering terlupa yang rezeki di ada bermacam jenis, bukan sekadar tertumpu pada harta semata.

Dalam apa pun yang kita dapat di dunia ini, semua tu tak lain tak bukan adalah rezeki dari Allah SWT kurniakan. seperti yang terdapat didalam ayat al-Quran, surah At-Talaq ayat 2-3:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya

Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.

Selalunya manusia itu apabila berkaitan dengan berkah (berkat, barakah) menjuruskan kepada rezeki dan menilai disegi banyaknya keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya mereka beranggapan tiada keberkatan daripada Allah SWT apabila rezeki yang mendatang itu sedikit sedangkan usaha yang dikeluarkan cukup banyak dan berlipat ganda, namun kepada kedua kedudukan tersebut manusia selalu terlupa dan tidak mahu bersyukur kepada Allah.

Kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan keberkatan didalam kehidupan. Apabila mempersoalkan amaun banyak atau sedikit, bererti manusia itu tidak pernah puas sehinggakan tidak tahu mereka bersyukur, maka tiadalah keberkatan dari Allah didalam kehidupan. Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia diatas muka bumi ini walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahu pun mungkin tidak punya suatu apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada Allah SWT.

http://bit.ly/blessteatox
Ads

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya Allah yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati” (HR Ahmad)

Nabi Muhammad SAW melalui Sabda Baginda diatas sekali gus menjelaskan bahawa keberkatan dari Allah SWT itu tidak ditentukan amaun banyak atau sedikit rezeki yang diperolehi. Keberkatan Illahi itu terletak diatas rasa keredhaan hamba Allah keatas apa sahaja bentuk mahu pun jumlah kurniaanNya.

Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan perujian daripada Allah SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar benar bertakwa dan berserah diri kepadaNya. Wahai orang orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati melainkan dengan berserah diri(Surah Ali-Imran (3) ayat 102)

Dalam kita memahami pengertian rezeki yang berkat, kita tidak boleh membataskan rezeki itu hanya pada wang ringgit tetapi meliputi kesihatan. Ilmu,sahabat, masa lapang, idea dan berbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki. Bila kita dapat memahami makna rezeki yang berkat secara tidak lansung kita sudah menambahkan rezeki dengan meluaskan pengertian rezeki itu sendiri. Jika seseorang mendapat gaji yang besar tetapi tidak merasai cukup kerana terlalu banyak perkara yang perlu di bayar dan merasai sentiasa tak cukup.

Sedangkan ada setengah orang berpendapatan sederhana tetapi mencukupi menyara isteri dan anak-anak, mampu membeli rumah, kereta dan mampu membiayai pengajian anak-anaknya ke universiti. Ini adalah petanda rezeki yang tak berkat dengan rezeki yang berkat.

Petikan asal: IslamItuIndah.my

http://bit.ly/blessteatox
Advertise

Friday, 15 January 2016

Tunku Alif Hussein mangkat


KUALA LUMPUR: Anakanda  Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukriz ibni al-Marhum  Tuanku Munawir, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin mangkat jam 11.55  pagi ini. 

Kenyataan daripada Setiausaha Kerajaan negeri menyebut Almarhum  menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di  sini. 

"Jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah  untuk urusan pemakaman pada hari ini yang akan diadakan secara tertutup  untuk kehadiran kerabat terdekat sahaja. Alfatihah," menurut kenyataan  itu.

http://bit.ly/blessteatox

Friday, 8 January 2016

Bila waktu sunnah perhubungan kelamin suami isteri?

Klik LIKE jika anda suka artikel ini.


Soalan :
Bilakan waktunya menurut sunnah perhubungan badan di antara suami isteri?
Jawapan :
Pertama, ada keadaan dimana seorang suami dianjurkan untuk mendatangi isterinya. Keadaan itu adalah ketika suami tidak sengaja melihat wanita dan dia terpikat dengannya. Anjuran ini berdasarkan hadis dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا أَقْبَلَتْ، أَقْبَلَتْ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ، فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ امْرَأَةً أَعْجَبَتْهُ فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ مَعَهَا مِثْلَ الَّذِي مَعَهَا

Maksudnya : “Wanita itu, ketika dilihat seperti syaitan (punya kekuatan menggoda). Kerana itu, jika ada lelaki melihat wanita yang membuatnya terpikat, hendaknya dia segera mendatangi isterinya. Kerana apa yang ada pada isterinya juga ada pada wanita itu. (Hadis Riwayat. Tirmidzi 1158, Ibnu Hibban 5572, ad-Darimi dalam Sunannya 2261, dan yang lainnya. Sanad hadis ini dinilai sahih oleh Syuaib al-Arnauth).

Dalam riwayat lain di Sahih Muslim, dari sahabat Jabir, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

إِذَا أَحَدُكُمْ أَعْجَبَتْهُ الْمَرْأَةُ، فَوَقَعَتْ فِي قَلْبِهِ، فَلْيَعْمِدْ إِلَى امْرَأَتِهِ فَلْيُوَاقِعْهَا، فَإِنَّ ذَلِكَ يَرُدُّ مَا فِي نَفْسِهِ

Maksudnya : ”Jika ada lelaki yang terpikat dengan seorang wanita, hingga membuat dia jatuh cinta, hendaknya dia segera mendatangi isterinya dan melakukan hubungan dengannya. Dengan ini akan menghilangkan perasaan cinta dalam hatinya.” (Hadis Riwayat Muslim 1403).

MASALAH PERUT BUNCIT & LEMAK BERLEBIHAN??? KLIK SINI
An-Nawawi mengatakan,

ومعنى الحديث أنه يستحب لمن رأى امرأة فتحركت شهوته أن يأتي امرأته أو جاريته إن كانت له فليواقعها ليدفع شهوته وتسكن نفسه ويجمع قلبه على ما هو بصدده

Makna hadis, bahawa dianjurkan bagi lelaki yang melihat wanita, kemudian syahwatnya naik, agar dia segera mendatangi isterinya , hingga dia melakukan hubungan badan dengannya. Agar boleh menahan syahwatnya dan jiwanya menjadi tenang, sehingga hatinya boleh kembali menumpukan dengan tugasnya. (Syarh Shahih Muslim an-Nawawi, 9/178)

Kedua, mengenai waktu khusus yang berisi anjuran untuk melakukan hubungan badan, kami tidak menjumpai adanya dalil yang menjelaskan hal ini. Namun terdapat beberapa riwayat yang menunjukkan bagaimana kebiasaan orang soleh masa silam dalam memilih waktu untuk melakukan hubungan badan.

Berikut diantaranya,

1. Tiga waktu aurat

Yang dimaksud tiga waktu aurat adalah sebelum subuh, siang hari waktu Zohor, dan setelah Isya.
Allah SWT berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنْكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنْكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ مِنْ قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُمْ مِنَ الظَّهِيرَةِ وَمِنْ بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاءِ ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَكُمْ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ

Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu: sebelum solat subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di waktu Zohor dan sesudah solat Isya’. (Itulah) tiga waktu aurat bagi kamu. tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. (Surah An-Nur ayat 58).

Diriwayatkan dari Muqatil bin Hayan, beliau menceritakan sebab turunnya ayat ini,
Ada pasangan suami isteri di kalangan Anshar, yang dia sering membuatkan makanan untuk Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Suatu ketika budaknya masuk ke kamar menemui mereka tanpa izin di waktu yang mereka tidak sukai untuk ditemui. Isterinya pun melaporkan kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,

يا رسول الله، ما أقبح هذا! إنه ليدخل على المرأة وزوجها وهما في ثوب واحد

Maksudnya : ”Wahai Rasulullah, betapa buruknya sikap orang ini. Dia menemui seorang wanita ketika dia sedang berduaan bersama suaminya dalam satu selimut.” Kemudian Allah menurunkan ayat di atas. (Tafsir Ibn Katsir, 6/83).

Allah SWT menurunkan syariat agar anak yang belum baligh, atau budak yang tinggal bersama tuannya, untuk tidak masuk ke bilik peribadi orang tuanya atau bilik tuannya pada tiga waktu khusus tanpa izin. Tiga waktu itu Allah SWT sebut sebagai waktu aurat, kerana umumnya, mereka sedang membuka aurat di tiga waktu itu.

Ibnu Katsir menyebutkan keterangan dari as-Sudi,

كان أناس من الصحابة، رضي الله عنهم، يحبون أن يُوَاقعوا نساءهم في هذه الساعات ليغتسلوا ثم يخرجوا إلى الصلاة، فأمرهم الله أن يأمروا المملوكين والغلمان ألا يدخلوا عليهم في تلك الساعات إلا بإذن

”Dulu para sahabat radhiyallahu ‘anhum, mereka terbiasa melakukan hubungan badan dengan isteri mereka di tiga waktu tersebut. Kemudian mereka mandi dan berangkat solat. Kemudian Allah perintahkan agar mereka mendidik para budak dan anak yang belum baligh, untuk tidak masuk ke kamar pribadi mereka di tiga waktu tersebut, tanpa izin. (Tafsir Ibn Katsir, 6/83).

2. Setelah solat Tahajjud

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memiliki kebiasaan tidur di awal malam, untuk boleh bangun di pertengahan atau sepertiga malam terakhir, melakukan solat tahajud. Aisyah menceritakan, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mendekati isterinya setelah tahajud. Dari al-Aswad bin Yazid, bahawa beliau pernah bertanya kepada A’isyah radhiyallahu ‘anha tentang kebiasaan solat malamnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Keterangan A’isyah radhiyallahu ‘anhu,

كَانَ يَنَامُ أَوَّلَ اللَّيْلِ ثُمَّ يَقُومُ، فَإِذَا كَانَ مِنَ السَّحَرِ أَوْتَرَ، ثُمَّ أَتَى فِرَاشَهُ، فَإِذَا كَانَ لَهُ حَاجَةٌ أَلَمَّ بِأَهْلِهِ، فَإِذَا سَمِعَ الْأَذَانَ وَثَبَ، فَإِنْ كَانَ جُنُبًا أَفَاضَ عَلَيْهِ مِنَ الْمَاءِ، وَإِلَّا تَوَضَّأَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ

”Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tidur di awal malam, kemudian bangun tahajud. Jika sudah memasuki waktu sahur, baginda solat Witir. Kemudian kembali ke tempat tidur. Jika baginda ada keinginan, baginda mendatangi isterinya. Apabila baginda mendengar azan, baginda langsung bangun. Jika dalam keadaan junub, baginda mandi hadas besar. Jika tidak junub, baginda hanya berwuduk kemudian keluar menuju solat jamaah. (Hadis Riwayat an-Nasai 1680 dan disahihkan al-Albani)

MASALAH PERUT BUNCIT & LEMAK BERLEBIHAN??? KLIK SINI
Berdasarkan keterangan A’isyah di atas, sebagian ulama lebih menganjurkan agar hubungan badan dilakukan di akhir malam, setelah solat tahajjud, dengan pertimbangan,
Mendahulukan hak Allah SWT, dengan beribadah kepadanya dalam keadaan masih kuat.
Menghindari tidur ketika junub, kerana boleh langsung mandi untuk solat subuh.
Di awal malam umumnya fikiran penuh, dan di akhir malam umumnya fikiran dalam keadaan kosong.
Ketika menjelaskan hadis ini, Mula Ali Qori mengutip keterangn Ibnu Hajar yang menjelaskan,

تأخير الوطء إلى آخر الليل أولى؛ لأن أول الليل قد يكون ممتلئا ، والجماع على الامتلاء مضر بالإجماع على أنه قد لا يتيسر له الغسل فينام على جنابة وهو مكروه

Mengakhirkan hubungan badan hingga akhir malam itu lebih baik. Kerana di awal malam terkadang fikiran orang itu penuh. Dan melakukan jimak di saat fikiran penuh, boleh jadi membahayakan dengan sepakat para ahli, karena boleh jadi dia tidak boleh mandi, sehingga dia tidur dalam kondisi junub, dan itu hukumnya makruh. (Mirqah al-Mashabih, 4/345).

Semua keterangan di atas hanya menyebutkan kebiasaan mereka. Dan semata tradisi yang terkait adat atau keperluan fisikal seseorang, tidak boleh dijadikan acuan bahawa itu sunah atau dianjurkan. Kerana itu, pertimbangan yang disebutkan oleh Ibnu Hajar hanya pertimbangan yang baik ketika hubungan badan diakhirkan hingga mendekati sahur. Dengan demikian, kesimpulan yang boleh kita berikan, bahawa dalam masalah ini tidak ada sesuatu yang tepat kerana ianya perlu dilihat keperluan seseorang ketika berhajat perhubungan badan dengan isterinya.
Wallahu a’lam

Dipetik dari blog Ustaz Abu Basyer

MASALAH PERUT BUNCIT & LEMAK BERLEBIHAN??? KLIK SINI

Klik LIKE jika anda suka artikel ini.

Thursday, 7 January 2016

Anggota polis perut buncit tidak akan dinaikkan pangkat

Klik LIKE jika anda suka artikel ini.



PETALING JAYA: Anggota polis berperut buncit dan mempunyai berat berlebihan diberi amaran mereka mungkin tidak akan dinaikkan pangkat jika gagal menurunkan berat badan.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mewajibkan anggota lulus ujian Indeks Jisim Badan (BMI) serta beberapa ujian kesihatan sebagai prasyarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Katanya, ia sebagai dorongan besar kepada hampir 130,000 pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM menjaga kesihatan diri di samping mengamalkan gaya hidup sihat.
Menurutnya, syarat berkenaan juga perlu dalam memastikan warga agensi keselamatan itu sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan bagi memastikan mereka sentiasa cergas seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.

“Rekod PDRM menunjukkan 250 anggota meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan akibat pelbagai penyakit sepanjang tahun 2015,” katanya yang dipetik Harian Metro.

MASALAH PERUT BUNCIT & LEMAK BERLEBIHAN??? KLIK SINI


Tuesday, 5 January 2016

Fenomena Cikgu Cantik Jadi Viral Di Hari Pertama Persekolahan

Klik LIKE jika anda suka artikel ini.

RAMAI berpendapat bahawa pelajar zaman sekarang amat beruntung memandangkan statistik menunjukkan guru-guru yang mengajar di sekolah kini jauh lebih cantik dan muda jika dibandingkan dengan guru-guru zaman dahulu.

Fenomena guru cantik ini begitu viral dengan teknologi media sosial yang digunakan oleh hampir keseluruhan rakyat Malaysia. Sebenarnya guru-guru dahulu pun cantik juga cuma mungkin mereka tidak pandai bergaya sebagaimana guru-guru sekarang.

Walaubagaimana pun, ibubapa tetap mengharapkan agar guru-guru anak mereka berkualiti bagi memastikan anak-anak mereka memperolehi ilmu pengetahuan secukupnya bagi menghadapi persaingan yang semakin sengit di luar sana.

Antara guru-guru yang viral di media sosial :-


MASALAH PERUT BUNCIT & LEMAK BERLEBIHAN??? KLIK SINI